Jumaat, 14 Jun 2013

Jalan-Jalan Ke Surabaya-Malang.

Assalamualaikum

Agak dah basi juga cerita ni.... tapi x pe lah untuk perkongsian bersama.

25hb - 28hb Mei 2013.  Me, husband, adik dan cucu saudara ke Surabaya.  Pergi tak gunakan travel agent.  Dah google tentang Surabaya dan Malang (2 mlm di Malang dan 1 mlm di Surabaya).  Husband telepon Pak Asyirin tentang transport - Thanks Sharlin beri no tel. Pak Asyirin.  Telepon Hotel Kertanegara di Malang untuk 2 malam.


25hb Mei 2013: Hari Pertama

Seperti biasa kami kesana naik AA (everybody can fly) jam 6.50 pagi.  Sempat breakfast di McD.  Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia.

breakfast di McD.


dlm Air Asia

Nasib baik flight ikut time tak seperti kami ke Pekan Baru dulu flight lewat 3 jam.  Sampai Lpg Terbang Juanda (Surabaya) jam 8.45 (jam Indonesia 7.45 lebih kurang).  Lepas Imigration check, custom kami keluar.
sedang menunggu Pak Marji.

Kami gunakan khidmat Pak Marji selama di Malang dan Surabaya.  Dari Surabaya ke Malang memakan masa hampir 2 1/2 jam.  Husband tak breakfast jadi kami di bawa Pak Marji ke Rumah Makan Chi-Chi.  Kami makan awal, makanan boleh tahan dgn selera kita. Harga pun boleh tahan... berbaloi.




husband dan pak marji

hmmmm memang sedap!!

  wajah-wajah dah kenyang

Dlm perjalanan Pak Marji bawa kami ke kawasan Lumpur Lapindo..... MasyaAllah kawasan saujana mata memandang.


kelihatan bumbung saja




Perjalanan di teruskan...  Pak Marji bawa kami ke salah sebuah toko batik


pemandangan dlm toko 

dlm toko, memang cantek batik-batik disini, sempat rembat kaftan dan blouse batik.  Uniknya kita cuma lihat baju yg dipamerkan dan pekerja-pekerja duduk bersila di tengah-tengah dgn kotak-kotak baju mengikut saiz.

menunggu pesanan di restoren yg bersebelahan toko batik


jusnya memang kaw.  hilang dahaga....

Kami di bawa pula ke Masjid  Cheng Ho....  snap2 foto aje... hari dah petang





dalam perjalanan ke Hotel Kertanegara.

inilah nombor bilik kami


pemandangan dlm bilik.

Lepas rehat dan mandi kami keluar pekena bakso malang



memang superb....



dah kenyang....mata pun mengantuk.... balik hotel dan zzzzzzzzzzzz

sambung lagi di Part 2.   bye bye....